Kelas Nadi X Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 8)
20 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2025, 3 peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-8 ini bertujuan untuk mempelajari tentang keperluan asas tanaman dan pembajaan.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang lepas. Pada kelas minggu ke-8 ini, Cikgu Ahmad Hanif memberi penerangan mengenai kepentingan asas tanaman, keperluan asas tanaman seperti cahaya, air, udara, nutrient dan media tanaman, dan saranan untuk masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: